Bengkel Kemahiran Literasi Maklumat Wanita
30 Jun 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 29 Jun 2018 bersamaan hari Jumaat, Pusat Internet Engkilili dengan kerjasama Perpustakaan Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili telah mengadakan Bengkel Kemahiran Literasi Maklumat untuk wanita khasnya suri rumah di Engkilili. Bengkel ini dihadiri seramai 9 orang wanita di Engkilili.
Bengkel Kemahiran Literasi Maklumat pada kali ini memfokuskan pembelajaran mengenai asas Internet dan Emel. Pada peringkat permulaan, peserta diajar bagaimana mencari maklumat menggunakan enjin carian Google. Peserta kemudian diajar bagaimana cara untuk membuat akaun emel mereka sendiri iaitu menggunakan Gmail. Peserta juga diajar tentang fungsi Google drive. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan perbankan online dimana peserta diajar untuk mendaftar akaun CIMBClick secara online.
Bengkel Kemahiran Literasi Maklumat ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: